Sunday 8 June 2014

PREVIEW PASUKAN PIALA DUNIA 2014 : ENGLAND

Assalamualaikum yob dan yong semua...

Demam Piala Dunia 2014 semakin melanda negara kita.Dimana-mana boleh lihat pelbagai promosi yang berkaitan Piala Dunia Brazil 2014.

Yob Burger juga tidak ketinggalan dalam memberi info berkenaan pasukan dan perlawanan tumpuan sempena Piala Dunia ini.

Untuk kali ini, Yob Burger nak mem preview Pasukan yang pasti nya mempunyai ramai peminat di Malaysia ini iaitu Pasukan Negara England
Skuad Rasmi England 2014
Jika dilihat dari senarai pemain yang dipilih untuk membawa cabaran England di Piala Dunia 2014, bolehlah kita katakan yang rata-rata pemain adalah pemain muda. Tiada lagi nama-nama pemain seperti John Terry, Ashley Cole, Jermaine Defoe yang ketika dulu cukup sinonim dengan pasukan England sebaliknya muncul nama-nama baru yang dipilih seperti Raheem Sterling, Oxlade Chamberlein dan Ross Berkeley.
Jersi Pasukan England bagi Piala Dunia 2014
Walaupun dengan barisan pemain muda, Pasukan Englang boleh lah dikatakan pasukan yang seimbang dengan kehadiran beberapa tonggak utama pasukan seperti Wayne Rooney, Frank Lampard dan kapten pasukan kali ini iaitu Steven Gerrard. Pengalaman luas pemain pemain ini pastinya ditagih oleh pasukan England bagi membawa cabaran mereka kali ini.Tidak dilupakan juga dengan kehadiran penyerang sensasi pasukan Liverpool tahun ini iaitu Daniel Sturridge yang menjaringkan 21 gol musim ini bagi pasukan Liverpool pastinya menambah sengat pasukan England manakala di gawang gol dikawal oleh Joe Hart yang merupakan penjaga gawang Manchester City yang merupakan pasukan juara Liga England menambahkan lagi keyakinan yang England mampu melangkah lagi jauh bagi kejohanan kali ini.

Bagi kejohanan Piala Dunia kali ini, Pasukan ini diletakkan satu kumpulan bersama Pasukan Itali, Uruguay dan Costa Rica. Berikut merupakan jadual perlawanan bagi Pasukan England bagi peringkat kumpulan :

15 Jun 2014 (Ahad)     6.00 AM - England vs Italy
20 Jun 2014 (Jumaat)   3.00AM - England vs Uruguay
25 Jun 2014 (Selasa)   12.00 AM- England vs Costa Rica
Penyokong England pastinya mengharapkan kemenangan kali ini.





No comments:

Post a Comment