Wednesday 25 May 2016

MENARA JAM BESAR KUALA KANGSAR



Menara Jam Kuala Kangsar ini telah siap dibina pada tahun 1939 menggunakan dana kerajaan negeri Perak dan sumbangan rakyat Kuala Kangsar sebagai satu peringatan sambutan pertabalan King George VI di England namun ianya di ubah kepada menara jam sambutan kemerdekaan negara Malaysia mulai 31 Ogos 1957. Menara indah ditengah Bulatan Bandar ini kini menjadi simbol kebanggaan pembebasan negara ini dari penjajah.

Singgah pula di Kolej Melayu yang terkemuka dan ternama sebagai tempat terlahirnya ramai tokoh-tokoh pemimpin dan tonggak pembangunan negara. Kolej Melayu Kuala Kangsar atau MCKK cukup gah namanya. Sebuah menara jam di puncak salah sebuah bangunannya menjadikan simbol betapa berharganya masa kepada setiap manusia.

SALAM TAHUN 2016

Assalamualaikum Yob Yong

Teman tahu udah lama teman idok update blog..

Jadinya kali ni sempena PRK Kuala Kangsar yang nak datang nih..Teman nak cerita la skit dalam posting yang akan datang tempat yang terdapat di kuala kangsar.

Nantikan lah ye

ASAL USUL NAMA KUALA KANGSAR


Pada zaman dahulu negeri Perak dipenuhi hutan tebal. Sungai Perak mengalir dari hulu hinggalah ke hilirnya di sebelah selatan. Ketika itu sungailah yang menjadi jalan untuk para penduduk berhubung.
Tersebutlah kisah Sultan Muzaffar Shah yang menjadi raja pertama di negeri Perak. Baginda dan rombongannya menyusur pantai Selat Melaka. Tiba di muara Sungai Perak bagina berhenti. Di situ baginda berehat dan berkampung.

Baginda dapati tempat itu tidak sesuai untuk bersemayam.Lalu baginda pun berkira-kira hendak mencari tempat baharu. Baginda pun memudiki Sungai perak. Dalam pelayaran itu banyaklah anak sungai yang ditemui. Akan tetapi tiada yang sesuai untuk menjadikan tempat bersemayam. Rombongan sultan terus belayar. Perjalanan amat sukar. Pada waktu malam mereka berhenti rehat. Kemudiannya, rombongan baginda tiba di sebuah lubuk. Rupanya di dalam lubuk itu ada buaya. Buaya itu melibaskan ekornya ke arah perahu sultan. Salah seorang pengayuh perahu tercampak ke dalam sungai. Dia tidak dapat diselamatkan lagi.
"Beta namakan lubuk ini Lubuk Buaya,"titah baginda.
Baginda memerintahkan orangnya supaya membongkar sauh.
"Sudah berapa kuala kita temui?" tanya sultan kepada bendahara.
"Sudah tujuh lapan, tuanku," jawab bendahara.
"Nampaknya kita belum bersua tempat yang sesuai," titah baginda sambil menggeleng-geleng.
Tibalah rombongan baginda ke sebatang anak sungai. Air sungai itu amat dingin dan jernih. Ramai antara orang besar yang mandi-manda di situ. Air kuala sungai itu jernih seperti cermin. Lalu baginda pun menamakan tempat itu Kuala Sungai Cermin.
Usaha mencari tempat bersemayam diteruskan. Baginda tetap tidak putus asa walaupun hari telah senja. Baginda ingin berehat. Ketika itu baginda nampak kuala sebatang anak sungai. Anak sungai itu mengalir perlahan ke Sungai Perak.
"KIta singgah di anak sungai itu."Nampaknya tempat ini cantik. Kawasannya rata. Di tebing sungai itu ada pula bukit," titah baginda.
"Ya, tempat ini amat sesuai.Kita jadikan tempat ini negeri baru,"titah baginda lagi sambil melawat kawasan sekitar dengan hati yang gembira.
"Anak sungai yang ke berapakah ini?" tanya baginda kepada bendahara.
"Ini anak sungai yang kesembilan puluh sembilan tuanku," jawab bendahara.
"Oh, jadi, kuala ini kurang seratus," titah baginda."Kalau begitu kita namaknlah Kuala Kurang Satu...tapi, oh, ya panjang sangat. Kalau begitu kita pendekkan. Namakan tempat ini Kuala Kurang Sa,"

Negeri baru itu pun di bangunkan. Sebuah istana dibina di atas bukit. Kuala Kurang Sa pun berkembang dan maju. Penduduk di situ agak sukar menyebut nama Kuala Kurang Sa. Akhirnya Kurang Sa itu menjadi Kangsar,". Itulah asal usul bandar diraja sekarang yang disebut Kuala Kangsar.