Sunday 8 June 2014

PREVIEW PASUKAN PIALA DUNIA 2014 : BOSNIA - HERZEGOVINA

Assalamualaikum Yob dan Yong

Pasukan yang teman nak preview kali ni adalah pasukan Bosnia-Herzegovina yang layak ke kejohanan Piala Dunia 2014 melalui zon Eropah. Pasukan ini merupakan satu-satu nya pasukan yang pertama kali melayakkan diri buat kali pertama di pentas Piala Dunia ini.

Walaupun merupakan pasukan yang baru di Piala Dunia ini, Bosnia boleh dianggap pasukan yang merbahaya terutama nya dengan kehadiran penyerang sensasi Manchester City, Edin Dzeko
Edin Dzeko
Penyerang yang menjaringkan 16 gol dalam saingan Liga England ini telah membantu pasukan Manchester City untuk menjuarai Liga Perdana England pastinya menghadirkan gerun buat pasukan lain khususnya pasukan di dalam kumpulan F. Namun begitu kekuatan Bosnia tidak hanya pada Edin Dzeko tetapi juga dibantu oleh pemain seperti Vedad Ibisevic yang juga penyerang utama, Miralem Pjanic yang telah menunjukkan aksi mengagumkan bagi pasukan AS Roma yang beraksi di dalam Liga Serie A Itali, dan juga perancang utama pasukan iaitu Misimovic.
Senarai Pemain Bosnia bagi saingan Piala Dunia 2014
Berikut merupakan jadual perlawanan peringkat kumpulan bagi pasukan Bosnia-Herzegovina :

16 Jun 2014 Isnin  6.00 AM - vs Argentina
22 Jun 2014 Ahad 6.00 AM - vs Nigeria
26 Jun 2014 Khamis 12.00 AM - vs Iran

Penyokong Bosnia pastinya mengharapkan sesuatu dari Pasukan kesayangan mereka


No comments:

Post a Comment