Thursday 24 July 2014

MINAL AIDIN WAL FAIZIN

Assalamualaikum wbt

Yob Yong semua...

Apa khabar semua? udah siap ke kome semua? hehe...
Teman nak translate sikit berkenaan tajuk ayat di atas. Seringkali kita dengar dan lihat dalam ucapan mahupun perutusan Hari Raya sering diucapkan kalimah di atas
Jadi apa yang dimaksudkan dengan kalimah ini Yob dan Yong?

Minal = maksudnya dari
Aidin = maksudnya kembali
Wal   = maksudnya dan
Faizin = maksudnya menang

Bila digabungkan ia berbunyi "dari yang kembali dan yang mendapat kemenangan"
Secara istilah nya ia merujuk kepada kita yang mana golongan yang kembali kepada fitrah, yakni ketakwaan dan kesucian serta mencapai kemenangan setelah sebulan berpuasa, melawan hawa nafsu dan meraih keredhaan Allah.

Memang sesuai kita ucapkan.. 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Salam Minal Aidin Wal Faidzin

Semoga kita tergolong dalam golongan yang beroleh kemenangan dan keredhaan Allah.

Monday 7 July 2014

GELANDANGAN : ADAKAH BENAR MEREKA INI DIABAIKAN?

Assalamulaikum wbt Yob Yong

Alhamdulillah telah 10 hari kita berpuasa...

Yob nak sentuh sikit berkenaan golongan gelandangan ini.Persoalan nya...siapa itu golongan gelandangan ini?


Golongan gelandangan ini adalah individu yang hidup dalam keadaan yang tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat. Mereka ini juga tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap dan hidup mengembara di tempat umum.

Golongan yang dikenali gelandangan ini bergantung harap pada lantai simen di kaki jalan buat peneman tidur di waktu malam.Pemandangan yang tidak sihat ini akan mencerminkan imej yang tidak baik untuk negara dan kepada pelancong-pelancong luar yang datang ke negara ini.

Untuk pengetahuan semua pihak kerajaan sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan ini. Berdasarkan sistem maklumat golongan gelandangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2007 hingga 2011, terdapat seramai 7833 orang telah diselamatkan. Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) pulan menganjurkan program "Salam Ramadhan" bagi golongan ini mendapatkan makanan dan konsultansi.
 
Kementerian Wanita juga telah mewujudkan Pusat Sehenti Intervensi atau Anjung Singgah bagi membantu golongan ini mendapatkan pendidikan kemahiran dan seterusnya mendapatkan pekerjaan. Bahkan Pusat ini juga turut membantu mendapatkan lesen perniagaan pada DBKL bagi golongan ini yang hendak berniaga.

Jadi tidak timbul isu kerajaan mengabaikan golongan ini.Ternyata kerajaaan dengan pelbagai Jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa melihat dan cuba membantu golongan yang sentiasa memerlukan.

Persoalannya disini adakah mereka selesa hidup dengan begini dan sentiasa menyalahkan pihak lain atas kekurangan mereka?

Renung renungkan lah...


 

Sunday 6 July 2014

SOUP KITCHEN : SUATU PENCERAHAN

Assalamualaikum Yob Yong

Selamat berpuasa teman ucapkan kepada semua...Ini adalah post pertama teman dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Isu yang teman nak utarakan kali ini adalah berkenaan Soup Kitchen.
Apa itu "Soup Kitchen" ini?
PERTIWI Soup Kitchen mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan
"Soup Kitchen" atau Dapur Jalanan adalah terms yang digunakan bagi menggambarkan satu gerakan atau program memberi makanan percuma kepada golongan gelandangan ataupun golongan "Homeless" (merempat) di sekitar Ibu Negara Kuala Lumpur.

Jadi apa isunya? Isunya apabila Menteri Wilayah, Tengku Adnan tidak mahu Soup Kitchen ini beroperasi di sekitar 2km radius dari pusat bandar Kuala Lumpur.Arahan ini jelas mendapat tentangan hebat dari pastinya golongan gelandangan ini dan satu lagi golongan pembangkang,

Yang teman heran nya, kenapa sekarang baru golongan pembangkang mempolitikkan isu ini?
Kenapa sekarang baru golongan pembangkang ini baru nak membela golongan gelandangan ini?
Lupakah mereka yang golongan ini sebenarnya adalah di bawah kawasan Parlimen mereka?
Apa kah yang selama ini mereka lakukan untuk membela golongan ini?

Ya! Apa yang mereka lakukan selama ini? 

Golongan Pembangkang ini adalah yang paling kuat bermuka muka sebenarnya.Jika tiada kepentingan, haram bagi mereka untuk membela seseorang.
Inilah corak politik keji dan jijik golongan Pakatan yang mendakwa diri mereka membela rakyat...

Fikir-fikirkan lah Yob Yong
Ahli Parlimen di sekitar KL baru nampak muka di Soup Kitchen, sebelum ni tak heran pon rakyat kawasan deme ni makan ke idok...