Monday 16 June 2014

PERPADUAN

Assalamualaikum yob yong..

Apa khabar yob2 sumer...duk tengok bola lagi ka?

Disini teman idok nak cerita pasai bola tetapi berkenaan perpaduan.Sedar atau tidak dengan musim bola ini kita boleh lihat ia nya sebagai salah satu elemen yang dapat menyatu padukan sesuatu masyarakat.

Dari Negeri Perlis hinggalah ke Sabah, kebanyakan nya seia sekata menjadikan topik bola sepak sabagai topik utama.

Kenapa tidak kita bersatu hati dalam aspirasi negara dalam hal memajukan negara? Ini tidak..setiap langkah atau rencana yang kerajaan cuba laksanakan senantiasa di bangkang, di cemuh serta diberi persepsi akan ada kroni yang akan untung?

Sudah lupakah kita akan Wawasan 2020 yang suatu ketika dulu menjadi satu idaman, kebanggaan kita sebagai masyarakat Malaysia yang berbilang kaum untuk menjadi sebuah negara yang maju, berpendapatan tinggi serta menjadi negara kelas pertama di dunia.

Sudah lupakah kita kesusahan kita di zaman dahulu?

Adakah Malaysia ini menjadi lebih mundur dari zaman-zaman dahulu?

Benarkah dakyah pembangkang bahawa kerajaan yang ada sekarang ini berterusan menipu, merompak, menyamun hasil negara untuk kesenangan sendiri selama lebih 50 tahun kita merdeka?


Adakah ini dia pemimpin yang kita inginkan dalam memacu perkembangan negara Malaysia?
Terjaminkah hak-hak orang Melayu ataupun kaum-kaum lain dengan beliau memegang tampuk pemerintahan?

Renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment