Tuesday 24 November 2015

YAPEIM OH YAPEIM


Assalamualaikum wbt

Teman tak tahu siapa yang salah sebenar nya tetapi teman tahu siapa yang paling banyak terkesan dari isu ini sebenarnya...

Siapa?

Ya.. pasti nya umat Islam di negara ini yang paling terkesan. Selari konsep sedekah jariah dalam Islam, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ditubuhkan pada 1976 untuk menjana dan menyokong kemajuan umat Islam dari aspek sosio-ekonomi secara kolektif.

Antara program teras yang dianjurkan YaPEIM adalah Program Mikro Kredit Ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam yang membantu golongan peniaga kecil-kecilan dari segi aliran tunai, Program Membangun Ilmu Pengurusan Islami yang merangkumi projek terjemahan buku-buku Arab ke Bahasa Melayu dan Program Kecemerlangan Komuniti yang termasuk usaha membantu anak yatim dan fakir miskin.

Namun, fungsi YaPEIM ini tidak boleh disamakan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pusat zakat memandangkan objektif bantuan tertumpu kepada badan-badan kebajikan dengan tujuan membantu secara kolektif.

Pendek kata, YaPEIM bersedia membantu badan-badan sedia ada yang kekurangan sumber kewangan, berbanding bantuan individu kepada fakir miskin dan anak yatim. Kelebihan ini memberi YaPEIM kekuatan memfokuskan kepada bantuan berbentuk 'bersama' dengan harapan dapat membantu lebih ramai umat Islam khususnya untuk meningkatkan taraf ekonomi merek

Namun, pernahkah kita sendiri meninjau kekurangan badan-badan kebajikan persendirian yang dibantu YaPEIM? Bagaimana pula dengan usaha kita sendiri sebagai individu untuk membantu golongan ini?

Jika dikesan usaha ini masih kurang di tahap individu, ada baiknya kita menyokong usaha YaPEIM ini agar terbentuk satu institusi yang bukan hanya membantu sesama Islam, tetapi juga memberi ruang kepada umat Islam sendiri untuk menggandakan pahala dalam menjayakan sedekah secara bersistem yang menjanjikan hasil yang istiqamah kepada yang dibantu


Jadi pastinya dengan skandal yang melanda Yapeim sekarang telah menyebabkan Institusi yang ditubuhkan untuk membantu Ekonomi Umat Islam di negara ini tercalar dari segi integriti dan yang pasti nya menyebabkan usaha untuk membantu ekonomi umat Islam terbantut..

Adakah kita tidak pernah terfikir mungkin ini adalah salah satu serangan ke atas Umat Islam?