Teman tak le berape pandei bab hudud...moh kita sama-sama ambik pandangan mereka-mereka yang arif.Teman ada terbaca ada satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman.Beliau merupakan pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga merupakan penasihat Shariah kewangan Islam tempatan dan juga antarabangsa. Begini isi tulisan beliau :
"
1. Hudud hanya akan terjatuh bagi individu yang benar-benar jahat dan sebab itu syaratnya sangat ketat hingga sebahagian pengkritik merasakan 'mustahil' dapat dicari saksi dan bukti sedemikian. Jika tidak cukup syarat maka hukuman ta'zir sahaja yang akan dijatuhkan. Tahap berat hukuman tertakluk kepada peruntukan undang-undang ta'zir dan mengikut kebijaksanaan hakim.
2. Jangan menyangka hukuman hudud sangat mudah dijatuhkan,
syarat-syarat perlu diteliti sebelum memberi komentar. Dalam kebanyakan kes,
hanya ta'zir akan dijatuhkan kerana tidak cukup bukti untuk hudud dijatuhkan.
Contohnya mencuri, tidak akan dipotong tangan kecuali benar-benar yakin dan
terbukti pencuri tidak miskin kelaparan, dipaksa, diugut dan lain-lain. Jika
terbukti, hudud tidak dijatuhkan.
3. Ulama khilaf sama ada non muslim terlibat, sebahagian
menyatakan non-muslim TIDAK TERLIBAT kecuali jika ada berkaitan dengan Muslim.
Dalam kes biasa, Non-Muslim boleh menuntut dihukum dengan hukuman sivil biasa.
4. Jika terdapat non-muslim yang memilih untuk dibicara dengan
hukuman hudud, ia diharuskan untuk menghukumnya dengan hukum hudud.
5. Jika kedua-duanya terlibat jenayah dan dibimbangi tidak adil
kerana muslim kena hudud dan non muslim tidak kena, maka hakim boleh membuat
keputusan mengadili secara ta'zir bagi kedua-duanya agar seragam hukumannya,
khususnya apabila tidak cukup bukti untuk hudud.
6. Jika non-muslimah berzina dengan muslim, atau sebaliknya,
terdapat khilaf ulama mazhab. Sebahagian ulama mengatakan keduanya dihukum
hudud sebagai hukuman dari keputusan mahkamah negara dan bukan berasaskan
keagamaan. Sebahagian lagi menyatakan yang Islam sahaja dikenakan hudud, yang
seorang lagi dihukum setimpal melalui ta'zir.
7. Berkenaan kuasa mahkamah syariah tidak memperuntukan hukuman
kepada non-muslim, Peruntukan undang-undang terbabit boleh dipinda dengan kuasa
2/3 ahli parlimen. Parlimen perlu meluluskannya. Di sini diperlukan kesatuan
ahli parlimen islam dari PAS, UMNO, PKR & Bebas.
8. Berkenaan wanita tidak boleh menjadi saksi, terdapat
pergecualian jika ia di tempat yang tiada lelaki pada kebiasaannya. Selain itu,
sebahagian ulama membenarkan wanita yang mencukupi syarat untuk menjadi saksi
maka budi bicara hakim adalah terpakai.
9. Jika Non-Muslim merogol muslimah, menurut mazhab maliki,
apabila cukup bukti, non-muslim akan dijatuhkan hukuman hudud ke tahap maksimum
iaitu hukuman mati kerana pencerobohan secara kekerasan dan jenayah. Muslim
juga akan dijatuhi hukuman yang sama.
10. Muslimah yang terbukti dirogol dengan bukti-bukti moden yang
meyakinkan walau bukan 4 orang lelaki adil, TIDAK dikenakan hukuman QAZAF
sewaktu dia mendakwa seseorang lelaki. namun, keterangan mesti dilakukan secara
tertutup agar dakwaan dihalusi dan tidak dihebahkan media sebelum keputusan
jitu diperolehi. hak lelaki yang dituduh akan dijaga sebaiknya juga selagi
tidak terbukti bersalah.
11. Non Muslim yang minum arak TIDAK dikenakan hukuman hudud.
Hanya untuk Muslim. Namun itu juga terdapat beberapa ijtihad yang berbeza,
sebahagian menegaskannya sebagai hudud dan sebahagian sebagai ta'zir.
Ini hanya sebahagian nota ringkas. Kesimpulannya, hukuman hudud
memerlukan penjelasan dan pengajaran besar-besaran di negeri yang mana hukuman
ingin dijalankan agar hampir tiada syubhah lagi rakyat di sana TIDAK MENGETAHUI
jenis kesalahan dan hukuman.
Didoakan rakyat Kelantan & Brunei dan semua institusi
kehakimannya sudah bersedia dengan ilmu dan kebijaksanaan. Kerana tanpa
persediaan yang jitu dan mantap lagi adil, pelaksanaan hukuman ini bakal
menjadi fitnah besar kepada Islam seluruhnya.
Dr.
Zaharuddin Abd Rahman
8 April 2014
8 April 2014
"
Jadi dengan penerangan yang panjang lebar dan pencerahan oleh Ustaz di harap kita sebagai Umat Islam seharus nya menyokong hukum Allah ditegakkan tanpa mengira sempadan politik.
No comments:
Post a Comment