Tuesday 24 November 2015

YAPEIM OH YAPEIM


Assalamualaikum wbt

Teman tak tahu siapa yang salah sebenar nya tetapi teman tahu siapa yang paling banyak terkesan dari isu ini sebenarnya...

Siapa?

Ya.. pasti nya umat Islam di negara ini yang paling terkesan. Selari konsep sedekah jariah dalam Islam, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ditubuhkan pada 1976 untuk menjana dan menyokong kemajuan umat Islam dari aspek sosio-ekonomi secara kolektif.

Antara program teras yang dianjurkan YaPEIM adalah Program Mikro Kredit Ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam yang membantu golongan peniaga kecil-kecilan dari segi aliran tunai, Program Membangun Ilmu Pengurusan Islami yang merangkumi projek terjemahan buku-buku Arab ke Bahasa Melayu dan Program Kecemerlangan Komuniti yang termasuk usaha membantu anak yatim dan fakir miskin.

Namun, fungsi YaPEIM ini tidak boleh disamakan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pusat zakat memandangkan objektif bantuan tertumpu kepada badan-badan kebajikan dengan tujuan membantu secara kolektif.

Pendek kata, YaPEIM bersedia membantu badan-badan sedia ada yang kekurangan sumber kewangan, berbanding bantuan individu kepada fakir miskin dan anak yatim. Kelebihan ini memberi YaPEIM kekuatan memfokuskan kepada bantuan berbentuk 'bersama' dengan harapan dapat membantu lebih ramai umat Islam khususnya untuk meningkatkan taraf ekonomi merek

Namun, pernahkah kita sendiri meninjau kekurangan badan-badan kebajikan persendirian yang dibantu YaPEIM? Bagaimana pula dengan usaha kita sendiri sebagai individu untuk membantu golongan ini?

Jika dikesan usaha ini masih kurang di tahap individu, ada baiknya kita menyokong usaha YaPEIM ini agar terbentuk satu institusi yang bukan hanya membantu sesama Islam, tetapi juga memberi ruang kepada umat Islam sendiri untuk menggandakan pahala dalam menjayakan sedekah secara bersistem yang menjanjikan hasil yang istiqamah kepada yang dibantu


Jadi pastinya dengan skandal yang melanda Yapeim sekarang telah menyebabkan Institusi yang ditubuhkan untuk membantu Ekonomi Umat Islam di negara ini tercalar dari segi integriti dan yang pasti nya menyebabkan usaha untuk membantu ekonomi umat Islam terbantut..

Adakah kita tidak pernah terfikir mungkin ini adalah salah satu serangan ke atas Umat Islam?

Wednesday 8 July 2015

BODOH SANGATKAH?


Ish! Sampai tahap itu diorang boleh buat dakwaan terhadap YAB Perdana Menteri. Yang herannya, benda tak de bukti ni sibuk pulak diorang nak percaya. Tapi, benda yang ada bukti diorang tolak pulak.

Dulu, dah terang - terangan Si Ketua Penipu tu kantoi main dengan Chinadoll. Siap ada video lagi. Ada orang mengaku pulak kata dia yang bekalkan Chinadoll tu kepada Si Ketua Penipu tu.

Malah orang yang buat pendedahan tu siap buat cabaran pulak terhadap Si Ketua Penipu tu supaya angkat sumpah bagi membuktikan dakwaan yang dibuat tu tidak benar. Tapi, Si Ketua Penipu tu takut.

Sebaliknya, dia hanya sekadar menafikan dakwaan tersebut tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya. Kan pelik tu? Bukti yang ada depan mata, mati - mati diorang anggap ianya sebagai fitnah.

Tapi benda yang takde bukti dan hanya dipetik dari langit pun ada jugak orang yang percaya. Sibuk orang buat dakwaan kata perkara yang didedahkan tu benar biar pun tak de bukti yang sah.

Sekarang sibuk satu dunia kecoh orang cerita pasal pemindahan dana yang bernilai berbillion - billion ringgit tu ke dalam akaun peribadi YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dakwaan dan pendedahan tu katanya telah dibuat oleh Asian Wall Street Journal. Tapi sampai hari ini, tidak ada sebarang bukti yang ditampilkan melalui pendedahan yang dibuat.

Itu pun satu lagi benda yang pelik dengan perangai Pencacai - Pencacai Pakatan Haramjadah ni. Kenapa baru sekarang diorang sibuk dengan pendedahan yang dibuat oleh AWSJ tu?

Bukan ke dulu pun pihak AWSJ pernah buat pendedahan terhadap Si Ketua Penipu tu yang didakwa menyokong keselamatan Israel? Kenapa pada ketika tu diorang buat dakwaan kononnya AWSJ tu menipu?

Puas diorang buat dakwaan mengatakan bahawa pendedahan yang dibuat oleh AWSJ tu adalah FITNAH yang sengaja direka - reka oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk memburukkan imej SI Ketua Penipu tu.

Tapi kenapa sekarang diorang pulak yang percaya dengan agen fitnah pihak Kerajaan Malaysia tu? Kenapa diorang pulak yang macam beruk kena belacan bila AWSJ buat pendedahan terhadap Datuk Seri Najib?

Dan yang paling buat kita rasa pelik, takkan pulak Datuk Seri Najib tu TERLALU BODOH untuk pindahkan duit dia dalam akaun peribadi dia sendiri. Waima Si Ketua Penipu tu sendiri pun tau nak guna akaun orang lain untuk masukkan duit dari kumpulan Pro Yahudi!!!




http://semuthitam80.blogspot.com/2015/07/bodoh-sangat-ke-ah-jib-ngor-ni.html

Tuesday 17 March 2015

GST OHHHH GST

Assalamualaikum wbt yob yong


GST lagi?

Semalam Ku Li mempersoalkan pula berkenaan GST ini adakah akan digunakan untuk membayar hutang kerajaan sahaja?


Sambil menyifatkan sistem cukai GST ini hanya membebankan kerajaan serta mahukan kerajaaan menangguhkan pelaksanaan nya.

Persoalan nya disini?


Terdapat 160 buah negara didunia ini melaksanakan GST dan berdasarkan pengalaman negara negara ini terbukti bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang lebih efektif berbanding sistem SST yang diguna pakai sebelum ini?

Kenapa GST?

Kenapa kerajaan memilih untuk melaksanakan GST? kenapa perlu bersusah payah untuk melaksanakan GST dengan mengeluarkan sejumlah dana besar dengan perlu melatih personel-personel berkemahiran untuk menguruskan sistem baharu, membangunkan perisian perisian GST, menjalankan taklimat taklimat kepada sektor swasta serta masyarakat awam akan peri penting nya GST kepada negara.

Tahukah kita bahawa bilangan penduduk Malaysia hampir mencecah 29 juta penduduk tetapi bilangan penduduk yang dicukaikan secara 'direct' hanyalah kurang dari 2 juta penduduk.

Asas percukaian Malaysia adalah cukai individu dan korporat. Adakah adil untuk kita menaikan kadar cukai bagi mereka ini bagi menambahkan pendapatan negara?

Kita cuma boleh berharap mereka dapat menjelaskan lebih cukai bila pendapatan mereka bertambah.
Sudah tentu jika kita tidak memperluas asas cukai, tidak mungkin sebarang potongan terhadap cukai pendapatan dan korporat dapat dipertimbangkan.

Jadi nya kerajaan berpendapat agar  percukaian ini diperluaskan lagi kepada golongan yang berbelanja. Lebih besar perbelanjaan mereka, maka lebih besar lagi sumbangan cukai kepada negara. Dengan ini pembangunan negara sama-sama ditampung oleh mereka.



Masyarakat Malaysia sememangnya mewah berbelanja dan kerajaan sedar akan realiti ini, cakaplah apa pun, minyak naik ke, harga gula naik ke...mereka akan tetap berbelanja walaupun mulut merungut akan kehidupan mereka yang dirasakan sukar dan susah untuk berbelanja walhal pada hakikat nya mereka sebenar nya lebih senang dari apa yang diucapkan.

Oleh itu salahkan kita menyumbang sedikit dalam perbelanjaan kita seharian kepada pembangunan negara seperti pembinaan Universiti bagi melahirkan modal-modal insan untuk terus menerajui negara kita?

Salahkah kita menyumbang sedikit dalam perbelanjaan kita seharian kepada pembinaan prasarana-prasarana pembangunan di kawasan luar bandar supaya mereka juga dapat menikmati apa yang kita nikmati di kawasan bandar?

Dan jangan kita lupa...tidak semua barangan yang kita beli seharian akan dikenakan cukai sebenar nya...tetapi peniaga tetap peniaga...mereka pasti cuba meraihkan kesempatan sambil terus menyalahkan kerajaan..oleh itu pelaksanaan pemantauan oleh pihak KPDNKK adalah dutagih sepenuhnya.

Wednesday 11 March 2015

LOGIK AZMIN MENTERI BESAR SELANGOR


Kasihan warga Selangor..tapi apa yang nak dihairankan ... Kita tahu dari 2008 lagi siapa yang berkuasa sebenarnya di Selangor...

Dari segala tindak tanduk atau tindakan mereka selama ini..Kita tahu mereka Menjaga kepentingan siapa...


Monday 9 March 2015

MASA DEPAN PAKATAN ...


Assalamualaikum

Hari ini bermulalah sidang parlimen bagi tahun 2015.

Nampak gayanya cubaan Anwar Ibrahim untuk minum teh bersama Agong gagal.

Puak pakatan meroyan nak saman bagai...

begitu juga dengan Bar Council yang mengecam penghalangan ini...

Nampak gayanya Pakatan masih lagi belum sedar akan hakikat bahawa mereka tidak boleh lagi mengharap kepada Anwar Ibrahim sebagai jagoan mereka.

atau ada sesuatu yang mereka harapkan pada anwar???

Wednesday 4 March 2015

PM ARAH KETUA AUDIT NEGARA TELITI AKAUN 1MDB....



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan Ketua Audit Negara, meneliti akaun syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan laporan media terhadap syarikat itu baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, beliau juga telah menggesa 1MDB dan juruaudit mereka Deloitte menghadap Kabinet.


Menurut kenyataan tersebut, 1MDB telah memberi taklimat berkenaan situasi semasa selain memberi respon kepada soalan-soalan yang dilontarkan oleh Menteri-menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Deloitte menyediakan satu ulasan penglibatan mereka dengan 1MDB dan mengesahkan bahawa firma itu telah mengaudit dan mengesahkan akaun syarikat.

“Kabinet dimaklumkan bahawa dakwaan baru-baru ini yang ditujukan kepada 1MDB, berkait dengan urus niaga yang dijalankan oleh pihak ketiga seperti PetroSaudi, dan bukannya 1MDB,” kata kenyataan itu lagi.


Kabinet, setelah mendengar penjelasan 1MDB dan Deloitte, menyatakan keyakinan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh 1MDB.

Berhubung akaun 1MDB, selepas ia diteliti Ketua Audit Negara, ia kemudiannya akan diserahkan untuk pemeriksaan Jawatankuasa Kira-kira Awam yang bersifat dwi-partisan dan mencerminkan komposisi Parlimen.

“Jika terdapat sebarang salahlaku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” kata Najib.

Sementara itu, 1MDB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas itu menyifatkan serangan yang ditujukan terhadap mereka sebagai berniat politik.

“Ini percubaan yang sengaja dibuat untuk melemahkan syarikat dengan menyebarkan dakwaan tidak berasas dan spekulasi, yang seterusnya berpotensi menjejaskan ekonomi.

“Sehubungan ini, 1MDB menyambut baik permintaan Perdana Menteri untuk Ketua Audit Negara meneliti akaun 1MDB, yang telah diaudit oleh Deloitte, salah satu daripada firma terkemuka di dunia,” kata kenyataan itu.

1MDB bagaimanapun berkata akan bekerjasama sepenuhnya dengan Ketua Audit Negara dan berharap bahawa hasil penemuan itu akan menjawab segala spekulasi yang timbul.

Dari: MYKMU.NET

PAS OH PAS....

Aduh..Pening Ambo..

Assalamualaikum wbt

Nampak gaya nya krisis dalam PAS semakin lama semakin teserlah..

Menurut ramalan Jawatan Presiden bakal dicabar pada pemilihan akan datang..

Ini tidak lagi dilihat dalam masalah PasMa yang terang-terangan menyokong agenda DAP dan dilihat tidak suka akan kepimpinan Haji Hadi yang dilihat cuba mendokong perjuangan PAS.

Presiden PasMa berkunjung ke pejabat Ketua Menteri Penang..Apa Agendanya???
FuhYohh..
Tahun ini bakal tahun yang akan memberi 1001 cabaran kepada PAS...

Sama-sama kita tunggu...

Tuesday 3 March 2015

APA LAH DOSA BELIAU PADA MEREKA ????


Biadap...memang biadap...

Tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang menyamakan Datin Seri Rosmah Mansor dengan memuatnaik gambar manusia berbadan babi sangat-sangat biadap.

Ini menunjukkan yang mana segelintir manusia di Malaysia ini masih berfikiran busuk dan kotor terhadap apa dan siapa yang tidak disukai mereka.

Jika keadaan ini tidak dikawal atau dipantau, saya yakin bukan sekadar Datin Seri atau Ahli-ahli politik saja akan diperlakukan seperti ini..tetapi juga saudara mara kita, keluarga kita atau rakan rakan kita apabila ada saja yang tidak digemari oleh mereka.

Nampak nya Malaysia ini dah menuju kearah negara yang suka men troll kan orang lain atau membuat jenaka atas orang lain.

Sebagai renungan kita bersama sebagai Muslim.

Allah menyifatkan bagi pengumpat dengan perkataan ‘celaka’. Ia disebut dalam ayat 1 surah al-Humazah, “Celakalah bagi setiap pencaci (pengumpat).”


ALLAHYARHAM TUAN GURU DALAM INGATAN


Assalamualaikum Yob Yong semua

sudah lama yob tak update ek..hehe..bukan apa...rehat sebentar..

Baru-baru ini Negara kita dikejutkan dengan pemergian seorang Tokoh hebat Negara Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Berikut adalah sedikit biografi Allahyarham yang sempat dikongsi dari blog-blog lain ;

Biodata Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :

1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :

Beliau mendapat penghargaan:

1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Dengan izin Tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh Almarhum menuju penciptaNya tepat jam 9.40 malam 12hb Februari 2015.

Ya Allah, ampunilah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka. Alfatihah ... Aminnn

cc : http://penburukonline.blogspot.com/2015/02/tuan-guru-nik-aziz-dalam-kenangan-video.html

FAKTA KES ANWAR IBRAHIM