Sunday 12 October 2014

PESTA ARAK DI MALAYSIA???

Assalamualaikum wbt Yop Yong

Tak pernah terfikir oleh teman yang satu hari nanti di bumi bertuah ini akan ada satu pesta arak besar-besaran.
Malahan ada juga umat Islam yang mengatakan pesta arak ini tidak boleh dihalang kerana menurutnya Malaysia ini adalah negara berbilang bangsa. Atau mungkin rakan-rakan sepolitiknya menyokong penganjuran pesta arak ini?
Semakin hari kita melihat Umat Islam di negara ini semakin lemah mahu dari segenap segi. Bukan kah negara ini negara Islam? 
Lemahkah Umat Islam di negara sendiri ini sehinggakan pesta arak boleh dirayakan dan hak-hak peminum arak ini dipertahankan oleh umat Islam sendiri?

Fikir-fikirkanlah...


HARGA MINYAK NAIK LAGI !!!!!




Minyak naik harga lagi...
Siapa yang suka jikalau harga sesuatu naik dan ini dilihat sebagai suatu kezaliman. Tetapi pernah kah kita terfikir akan setiap sesuatu ada hikmahnya dan bermuhasabah diri kita adakah selama ini kita mengamalkan gaya hidup yang bersederhana???
Ini tidak harga minyak duk heboh kata naik harga barang duk naik, inflasi lah apa lah kerajaan zalim lah..teman tengok pasaraya aje nye penuh selalu.Tidak kira awal bulan ke tengah bulan ke hujung bulan ke manjang nye penuh
Ini membuatkan teman terpikior...betui ke deme nih...
Ada aje duit deme dalam kata harga naik segala bagai tapi berbelanja nye idok penah berkurang.
Jadi wajarkah mereka bersungut apabila mereka sebenarnya mampu untuk menampung kenaikan harga minyak ini?
Cuba kita lihat gambar gambar ini
Adakah wajar jika kerajaan terus menerus memberikan subsidi minyak kepada golongan yang mampu ini semata mata untuk memuaskan nafsu mereka untuk berbelanja atau peruntukan itu disalurkan kepada golongan yang benar benar memerlukan ????

Renung - renungkanlah...





BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT





Assalamualaikum wbt Yop Yong

Rasa nya masih belum terlambat teman nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca.

Ramai antara kita yang masih lagi terkejut dengan penurunan subsidi minyak yang sekaligus menaikkan harga minyak sebanyak RM 0.20 . Tindakan ini sedikit sebanyak pada umum nya dilihat membebankan rakyat Malaysia.

Tapi teman bukan lah nak menceritakan berkenaan harga minyak ini tetapi adalah berkenaan bajet 2015 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kita.

Bajet 2015 memperuntukan RM 273.9 Bilion, peningkatan RM 9.8 Bilion berbanding peruntukan asal 2014.

Tiada lagi kita dengar sebarang kenaikan gaji atau pemberian bonus kerana kerajaan dalam usaha untuk memberi ekonomi negara lebih berdaya saing dan kompetitif. Telah terlalu banyak bantuan-bantuan sejak negara merdeka telah diberikan kepada kita. Kini telah tiba masa untuk rakyat untuk lebih berdaya saing dan berusaha untuk memajukan diri tanpa mengharapkan bantuan subsidi dari pihak kerajaan.

Kita mesti ingat sasaran kerajaan adalah untuk mewujudkan Negara Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020 dan selaras dengan impian itu seharus nya kerajaan mengurangkan perbelanjaan bantuan seperti pemberian subsidi secara khususnya subsidi tersasar dan seharusnya menumpukan kepada tumpuan untuk pelaburan dalam infrastruktur ekonomi dan meransang serta merancakkan aktiviti R&D ekonomi negara kita supaya lebih kompetitif dalam pasaran antarabangsa.

Renung - renungkanlah...


Tuesday 23 September 2014

PRK PENGKALAN KUBOR : CALON BARISAN NASIONAL

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Apa khabar yob yong..

udah lama rase ye idok ber blog..kali nih teman nak share sikit lah info berkenaan calon BN di PRK Pengkalan Kubor, Kelantan


Berdasarkan apa yang teman nengok..elok benorlah jika calon BN nih dipilih olek masyarakat Pengkalan Kubor berdasarkan kelayakan dan track record BN di kawasan ini.

Apapun selamat memilih buat mereka yang disana dan siapapun yang terpilih jangan khianati amanah yang diberikan....

Fikir-fikirkanlah...

Thursday 24 July 2014

MINAL AIDIN WAL FAIZIN

Assalamualaikum wbt

Yob Yong semua...

Apa khabar semua? udah siap ke kome semua? hehe...
Teman nak translate sikit berkenaan tajuk ayat di atas. Seringkali kita dengar dan lihat dalam ucapan mahupun perutusan Hari Raya sering diucapkan kalimah di atas
Jadi apa yang dimaksudkan dengan kalimah ini Yob dan Yong?

Minal = maksudnya dari
Aidin = maksudnya kembali
Wal   = maksudnya dan
Faizin = maksudnya menang

Bila digabungkan ia berbunyi "dari yang kembali dan yang mendapat kemenangan"
Secara istilah nya ia merujuk kepada kita yang mana golongan yang kembali kepada fitrah, yakni ketakwaan dan kesucian serta mencapai kemenangan setelah sebulan berpuasa, melawan hawa nafsu dan meraih keredhaan Allah.

Memang sesuai kita ucapkan.. 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Salam Minal Aidin Wal Faidzin

Semoga kita tergolong dalam golongan yang beroleh kemenangan dan keredhaan Allah.

Monday 7 July 2014

GELANDANGAN : ADAKAH BENAR MEREKA INI DIABAIKAN?

Assalamulaikum wbt Yob Yong

Alhamdulillah telah 10 hari kita berpuasa...

Yob nak sentuh sikit berkenaan golongan gelandangan ini.Persoalan nya...siapa itu golongan gelandangan ini?


Golongan gelandangan ini adalah individu yang hidup dalam keadaan yang tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat. Mereka ini juga tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap dan hidup mengembara di tempat umum.

Golongan yang dikenali gelandangan ini bergantung harap pada lantai simen di kaki jalan buat peneman tidur di waktu malam.Pemandangan yang tidak sihat ini akan mencerminkan imej yang tidak baik untuk negara dan kepada pelancong-pelancong luar yang datang ke negara ini.

Untuk pengetahuan semua pihak kerajaan sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan ini. Berdasarkan sistem maklumat golongan gelandangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2007 hingga 2011, terdapat seramai 7833 orang telah diselamatkan. Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) pulan menganjurkan program "Salam Ramadhan" bagi golongan ini mendapatkan makanan dan konsultansi.
 
Kementerian Wanita juga telah mewujudkan Pusat Sehenti Intervensi atau Anjung Singgah bagi membantu golongan ini mendapatkan pendidikan kemahiran dan seterusnya mendapatkan pekerjaan. Bahkan Pusat ini juga turut membantu mendapatkan lesen perniagaan pada DBKL bagi golongan ini yang hendak berniaga.

Jadi tidak timbul isu kerajaan mengabaikan golongan ini.Ternyata kerajaaan dengan pelbagai Jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa melihat dan cuba membantu golongan yang sentiasa memerlukan.

Persoalannya disini adakah mereka selesa hidup dengan begini dan sentiasa menyalahkan pihak lain atas kekurangan mereka?

Renung renungkan lah...


 

Sunday 6 July 2014

SOUP KITCHEN : SUATU PENCERAHAN

Assalamualaikum Yob Yong

Selamat berpuasa teman ucapkan kepada semua...Ini adalah post pertama teman dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Isu yang teman nak utarakan kali ini adalah berkenaan Soup Kitchen.
Apa itu "Soup Kitchen" ini?
PERTIWI Soup Kitchen mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan
"Soup Kitchen" atau Dapur Jalanan adalah terms yang digunakan bagi menggambarkan satu gerakan atau program memberi makanan percuma kepada golongan gelandangan ataupun golongan "Homeless" (merempat) di sekitar Ibu Negara Kuala Lumpur.

Jadi apa isunya? Isunya apabila Menteri Wilayah, Tengku Adnan tidak mahu Soup Kitchen ini beroperasi di sekitar 2km radius dari pusat bandar Kuala Lumpur.Arahan ini jelas mendapat tentangan hebat dari pastinya golongan gelandangan ini dan satu lagi golongan pembangkang,

Yang teman heran nya, kenapa sekarang baru golongan pembangkang mempolitikkan isu ini?
Kenapa sekarang baru golongan pembangkang ini baru nak membela golongan gelandangan ini?
Lupakah mereka yang golongan ini sebenarnya adalah di bawah kawasan Parlimen mereka?
Apa kah yang selama ini mereka lakukan untuk membela golongan ini?

Ya! Apa yang mereka lakukan selama ini? 

Golongan Pembangkang ini adalah yang paling kuat bermuka muka sebenarnya.Jika tiada kepentingan, haram bagi mereka untuk membela seseorang.
Inilah corak politik keji dan jijik golongan Pakatan yang mendakwa diri mereka membela rakyat...

Fikir-fikirkan lah Yob Yong
Ahli Parlimen di sekitar KL baru nampak muka di Soup Kitchen, sebelum ni tak heran pon rakyat kawasan deme ni makan ke idok...

Monday 16 June 2014

IKLAN BURGER


Yong Burger masak....ermmmmmm....

RAFIZI RAMLI

Assalamualaikum yob yong,

Apa khabar semua...demam ke yob? Sepanyur lauk yob..kalah besor ngn belanda..

Kali ini teman nak kongsi sikit berkenaan Rafizi Ramli ni. Teman idok gemor dgn dia ini tapi orang pandan cukup suka nampok gaya nye dengan si Rafizi sampei deme pilih dia jadi YB Parlimen Pandan walaupun sebenornya dia orang Kemaman.
Anuar bersama anak emasnya Piji
Ini adalah orang yang lantang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kaum melayu walaupun diri sendiri orang melayu. Dia bermati-matian menyerang Tan Sri Syed Mokhtar walaupun Syed Mokhtar bukan lah orang politik. Ini juga orang yang akan menghapuskan DEB yang satu ketika dulu menguntungkan beliau sendiri dan malangnya beliau sendiri menyalahkan bahawa pertolongan selama ini kerajaan pada orang melayu menyebabkan kaum melayu itu sendiri tidak maju.

Adakah tiada orang melayu yang berjaya? 

Adakah tiada orang melayu yang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Phd?

Adakah tiada orang melayu yang berjaya menjadi jutawan dan seterusnya membantu golongan yang kurang bernasib baik?

dan apakah jika dengan tiada bantuan dari kerajaan, orang melayu akan berjaya dalam segala aspek?

sebenarnya apa agenda Rafizi Ramli ni ek?


PERPADUAN

Assalamualaikum yob yong..

Apa khabar yob2 sumer...duk tengok bola lagi ka?

Disini teman idok nak cerita pasai bola tetapi berkenaan perpaduan.Sedar atau tidak dengan musim bola ini kita boleh lihat ia nya sebagai salah satu elemen yang dapat menyatu padukan sesuatu masyarakat.

Dari Negeri Perlis hinggalah ke Sabah, kebanyakan nya seia sekata menjadikan topik bola sepak sabagai topik utama.

Kenapa tidak kita bersatu hati dalam aspirasi negara dalam hal memajukan negara? Ini tidak..setiap langkah atau rencana yang kerajaan cuba laksanakan senantiasa di bangkang, di cemuh serta diberi persepsi akan ada kroni yang akan untung?

Sudah lupakah kita akan Wawasan 2020 yang suatu ketika dulu menjadi satu idaman, kebanggaan kita sebagai masyarakat Malaysia yang berbilang kaum untuk menjadi sebuah negara yang maju, berpendapatan tinggi serta menjadi negara kelas pertama di dunia.

Sudah lupakah kita kesusahan kita di zaman dahulu?

Adakah Malaysia ini menjadi lebih mundur dari zaman-zaman dahulu?

Benarkah dakyah pembangkang bahawa kerajaan yang ada sekarang ini berterusan menipu, merompak, menyamun hasil negara untuk kesenangan sendiri selama lebih 50 tahun kita merdeka?


Adakah ini dia pemimpin yang kita inginkan dalam memacu perkembangan negara Malaysia?
Terjaminkah hak-hak orang Melayu ataupun kaum-kaum lain dengan beliau memegang tampuk pemerintahan?

Renung-renungkanlah...

Sunday 8 June 2014

PREVIEW PASUKAN PIALA DUNIA 2014 : BOSNIA - HERZEGOVINA

Assalamualaikum Yob dan Yong

Pasukan yang teman nak preview kali ni adalah pasukan Bosnia-Herzegovina yang layak ke kejohanan Piala Dunia 2014 melalui zon Eropah. Pasukan ini merupakan satu-satu nya pasukan yang pertama kali melayakkan diri buat kali pertama di pentas Piala Dunia ini.

Walaupun merupakan pasukan yang baru di Piala Dunia ini, Bosnia boleh dianggap pasukan yang merbahaya terutama nya dengan kehadiran penyerang sensasi Manchester City, Edin Dzeko
Edin Dzeko
Penyerang yang menjaringkan 16 gol dalam saingan Liga England ini telah membantu pasukan Manchester City untuk menjuarai Liga Perdana England pastinya menghadirkan gerun buat pasukan lain khususnya pasukan di dalam kumpulan F. Namun begitu kekuatan Bosnia tidak hanya pada Edin Dzeko tetapi juga dibantu oleh pemain seperti Vedad Ibisevic yang juga penyerang utama, Miralem Pjanic yang telah menunjukkan aksi mengagumkan bagi pasukan AS Roma yang beraksi di dalam Liga Serie A Itali, dan juga perancang utama pasukan iaitu Misimovic.
Senarai Pemain Bosnia bagi saingan Piala Dunia 2014
Berikut merupakan jadual perlawanan peringkat kumpulan bagi pasukan Bosnia-Herzegovina :

16 Jun 2014 Isnin  6.00 AM - vs Argentina
22 Jun 2014 Ahad 6.00 AM - vs Nigeria
26 Jun 2014 Khamis 12.00 AM - vs Iran

Penyokong Bosnia pastinya mengharapkan sesuatu dari Pasukan kesayangan mereka


PREVIEW PASUKAN PIALA DUNIA 2014 : ENGLAND

Assalamualaikum yob dan yong semua...

Demam Piala Dunia 2014 semakin melanda negara kita.Dimana-mana boleh lihat pelbagai promosi yang berkaitan Piala Dunia Brazil 2014.

Yob Burger juga tidak ketinggalan dalam memberi info berkenaan pasukan dan perlawanan tumpuan sempena Piala Dunia ini.

Untuk kali ini, Yob Burger nak mem preview Pasukan yang pasti nya mempunyai ramai peminat di Malaysia ini iaitu Pasukan Negara England
Skuad Rasmi England 2014
Jika dilihat dari senarai pemain yang dipilih untuk membawa cabaran England di Piala Dunia 2014, bolehlah kita katakan yang rata-rata pemain adalah pemain muda. Tiada lagi nama-nama pemain seperti John Terry, Ashley Cole, Jermaine Defoe yang ketika dulu cukup sinonim dengan pasukan England sebaliknya muncul nama-nama baru yang dipilih seperti Raheem Sterling, Oxlade Chamberlein dan Ross Berkeley.
Jersi Pasukan England bagi Piala Dunia 2014
Walaupun dengan barisan pemain muda, Pasukan Englang boleh lah dikatakan pasukan yang seimbang dengan kehadiran beberapa tonggak utama pasukan seperti Wayne Rooney, Frank Lampard dan kapten pasukan kali ini iaitu Steven Gerrard. Pengalaman luas pemain pemain ini pastinya ditagih oleh pasukan England bagi membawa cabaran mereka kali ini.Tidak dilupakan juga dengan kehadiran penyerang sensasi pasukan Liverpool tahun ini iaitu Daniel Sturridge yang menjaringkan 21 gol musim ini bagi pasukan Liverpool pastinya menambah sengat pasukan England manakala di gawang gol dikawal oleh Joe Hart yang merupakan penjaga gawang Manchester City yang merupakan pasukan juara Liga England menambahkan lagi keyakinan yang England mampu melangkah lagi jauh bagi kejohanan kali ini.

Bagi kejohanan Piala Dunia kali ini, Pasukan ini diletakkan satu kumpulan bersama Pasukan Itali, Uruguay dan Costa Rica. Berikut merupakan jadual perlawanan bagi Pasukan England bagi peringkat kumpulan :

15 Jun 2014 (Ahad)     6.00 AM - England vs Italy
20 Jun 2014 (Jumaat)   3.00AM - England vs Uruguay
25 Jun 2014 (Selasa)   12.00 AM- England vs Costa Rica
Penyokong England pastinya mengharapkan kemenangan kali ini.





Wednesday 4 June 2014

PREVIEW PASUKAN NEGARA PIALA DUNIA 2014 : ARGENTINA


Banyak info menarik berkenaan negara Argentina dari video nih...

So enjoy lah...

PREVIEW PEMAIN PIALA DUNIA 2014 : Cristiano Ronaldo


Assalamualaikum Yob Yong

Apa kabor mike mike semua... Piala Dunia 2014 udah dekat. Mike sokong team mana?

Teman idok sokong mana mana team tapi awak nak share lah sikit info tentang player teman minat ni.

- Dia tidak minum arak kerana ia mengingatkan beliau penyakit yang membunuh bapanya.

- Dia tidak mendapat apa-apa tatu adalah pada kulit supaya dia mampu untuk menderma darah sebanyak dua kali setiap tahun.


- Datang dari keluarga yang miskin dan kehilangan ayahnya ketika beliau berusia 20 tahun.


- Beri sumbangan besar untuk sekolah-sekolah Palestin dan memberikan $ 3m untuk negara-negara di Afrika yang menderita

- Dia melangkah ke hadapan untuk menampung kos rawatan kanser seorang budak sembilan tahun.


Nama nya Cristiano Ronaldo...



Pemain terbaik dunia tahun 2013...

Wednesday 28 May 2014

MOHON AMBIL TINDAKAN !!!!




Mohon Petualang nih direndam dalam Sungai Perak sampai hati dia bersih.



KE MANA KITA ORANG MELAYU?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Yob dan Yong


Mengapa orang melayu tiba-tiba begitu penting kepada orang DAP?

Walaupun apa pun alasan yang diberikan oleh parti itu...DAP tidak dapat lari dari hakikat bahawa parti itu sentiasa dilihat sebagai parti yang memperjuangkan sosialisme, Malaysian Malaysia, rasis dan perjuangan yang berasaskan pimpinan dinasti keluarga dan kaum.

Malangnya, ada di kalangan kaum melayu itu sendiri yang merasakan pimpinan kaum melayu itu sendiri tidak mampu untuk menjaga kepentingan kaum melayu lalu bertindak menyokong kepimpinan dari kaum lain.

Satu soalan buat mereka ini : 

Boleh berikan tak satu nama pemimpin yang memperjuangkan nasib Kaum yang bukan sebangsa dengan diri pemimpin itu?

Renung renungkanlah....




AL FATIHAH : KDYMM SULTAN AZLAN SHAH TELAH MANGKAT


Semoga Allah SWT meletakkan roh Almarhum Tuanku Sultan Azlan Shah di kalangan orang-orang yang soleh.

Tuesday 27 May 2014

BANGUNAN TELUK INTAN TEGANG GARA-GARA BERUK BANG NON


Samseng upahan roket mula buat kacau... di program anjuran BN dema macam biasa jadi anjing menyalak roket terus menunjukan kesetian betapa menjadi pencacai tegar kepada roket bin komunis.. hampir mencetuskan pergaduhan bila tak boleh menjawab semua yang di hamburkan Faizal Effendi bekas ketua pemuda PKR yg menyanyi lagu PKR..


lagu yg dinyanyikan sinis sebagaimana bang non jugak pernah menyanyikan lagu UMNO sebelum ini... nyat muka dah semerah padam sikinzir layaknya menahan marah.... hahahha padan muka lu..

Sumber: http://sekupangduas.blogspot.com/2014/05/bangunan-teluk-intan-tegang-gara-gara.html



TOLAK DAP !!!

Assalamualaikum Yob Yong


Takkan dia tipu kot... Bangsa dia sendiri. Dia tahu ler... Yg sedihnya, ada lak melayu Islam yg lebih cina drpd cina chauvinist tu sendiri...

Renung-renungkanlah semua..


Monday 26 May 2014

BUKAN MASALAH SERTAI PERKASA ATAU TIDAK

Assalamualaikum Yob Yong

Salam Sejahtera harap semua nya

Sini teman bukan nak komplen pasal mak Dyana ni sertai atau tidak PERKASA ni tapi dari segi kredibiliti calon ni yang dah mula diragui. Beberapa siri statement yang dikeluarkan oleh calon ternyata meragukan.

Gambar diatas jelas menunjukan betapa yang calon DAP ini cukup berdolak dalik.

Inikah dia bakal YB untuk Teluk Intan ?

Renung-renungkan lah

Wednesday 21 May 2014

APA HALA TUJU KITA ORANG MELAYU?

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera Yob dan Yong

Baru-baru ini teman ada tengok gambar kawan teman tunjuk. Sedih teman tengok nya


Bab meng hamba kan orang, bab meng keldai kan orang memang deme cukup suka. Tolong lah wahai pemuja dari belah sana. Tolong lah sedar yang kome kome tu udah diguna guna kan. Sedih tengok sampai anak-anak kome pun nak di turut kan ikut apa yang deme nak.


Sebenar nya lagi elok kalau kita sesama se Islam , se Bangsa , sesama Saudara bersatu. Ayuh kita majukan negara warisan kita, cukuplah selama ini kita berbalah, bertekak, mengkafir kan orang, sekarang masa untuk kita bersatu. Bersatu kita teguh Bercerai kita Roboh !!



Sekian Yob dan Yong...

Renung - renung kan le...

@YobBurger

AWEK CUN DYANA SOFYA TAPI....


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Minggu ni tak habis-habis pasal Cik Dyana Sofya sebagai calon DAP. Bagi Teman, dia memang cantik. Itu je komen Teman. Pasal yang lain macam-macam Teman dengor pasal dia ni. Tapi yang pastinya banyak yang Teman tak setuju dengan dia tetapi biorlah, itu apa yang dia perjuangkan iaitu bantu cina dapatkan hak samarata. Biorlah dia. Teman yakin ramai yang tak setuju dengan dia. Teman mohon disini untuk Yob-Yob dan Yong Yong semua,

TOLONG LAH FIKIR SECARA RASIONAL !!!!!

Janganlah sebab kebencian pada satu pihak sampaikan kita buta mata hati dan fikiran

dan ingatlah

Yang Manis itu selalunya membawa kemudaratan
Yang Pahit itu selalunya ubatan...

Renung-renungkan semua...


GST : KAEDAH EFISIEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera yob dan yong semua...

Teman sini bukan nya apa. Ate teman pon tak suka kalau harga barang naik. Habis tuh, tauke-tauke yang je sebenornya sokong harga barang naik nih.Teman idok le sokong barang naik.

Tapi lepas teman dengor penjelasan orang yang berkenaan dan bertanggungjawab dan bukan nya dengor cerita si Piji Ramli je baru la Teman paham sebenor nya GST ini ada kebaikan nya.



Banyok lagi sebenornya pasal GST ni, nanti Teman share2 kan sesama kita.

TEMAN TOLAK HARGA BARANG NAIK TAPI TEMAN SOKONG GST

@YobBurger

Tuesday 8 April 2014

HUDUD : SUATU PENCERAHAN

Assalamualaikum yob yob, yong yong
Teman tak le berape pandei bab hudud...moh kita sama-sama ambik pandangan mereka-mereka yang arif.Teman ada terbaca ada satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman.Beliau merupakan pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga merupakan penasihat Shariah kewangan Islam tempatan dan juga antarabangsa. Begini isi tulisan beliau :
"
 1. Hudud hanya akan terjatuh bagi individu yang benar-benar jahat dan sebab itu syaratnya sangat ketat hingga sebahagian pengkritik merasakan 'mustahil' dapat dicari saksi dan bukti sedemikian. Jika tidak cukup syarat maka hukuman ta'zir sahaja yang akan dijatuhkan. Tahap berat hukuman tertakluk kepada peruntukan undang-undang ta'zir dan mengikut kebijaksanaan hakim.
2. Jangan menyangka hukuman hudud sangat mudah dijatuhkan, syarat-syarat perlu diteliti sebelum memberi komentar. Dalam kebanyakan kes, hanya ta'zir akan dijatuhkan kerana tidak cukup bukti untuk hudud dijatuhkan. Contohnya mencuri, tidak akan dipotong tangan kecuali benar-benar yakin dan terbukti pencuri tidak miskin kelaparan, dipaksa, diugut dan lain-lain. Jika terbukti, hudud tidak dijatuhkan.
3. Ulama khilaf sama ada non muslim terlibat, sebahagian menyatakan non-muslim TIDAK TERLIBAT kecuali jika ada berkaitan dengan Muslim. Dalam kes biasa, Non-Muslim boleh menuntut dihukum dengan hukuman sivil biasa.
4. Jika terdapat non-muslim yang memilih untuk dibicara dengan hukuman hudud, ia diharuskan untuk menghukumnya dengan hukum hudud.
5. Jika kedua-duanya terlibat jenayah dan dibimbangi tidak adil kerana muslim kena hudud dan non muslim tidak kena, maka hakim boleh membuat keputusan mengadili secara ta'zir bagi kedua-duanya agar seragam hukumannya, khususnya apabila tidak cukup bukti untuk hudud.
6. Jika non-muslimah berzina dengan muslim, atau sebaliknya, terdapat khilaf ulama mazhab. Sebahagian ulama mengatakan keduanya dihukum hudud sebagai hukuman dari keputusan mahkamah negara dan bukan berasaskan keagamaan. Sebahagian lagi menyatakan yang Islam sahaja dikenakan hudud, yang seorang lagi dihukum setimpal melalui ta'zir.
7. Berkenaan kuasa mahkamah syariah tidak memperuntukan hukuman kepada non-muslim, Peruntukan undang-undang terbabit boleh dipinda dengan kuasa 2/3 ahli parlimen. Parlimen perlu meluluskannya. Di sini diperlukan kesatuan ahli parlimen islam dari PAS, UMNO, PKR & Bebas.
8. Berkenaan wanita tidak boleh menjadi saksi, terdapat pergecualian jika ia di tempat yang tiada lelaki pada kebiasaannya. Selain itu, sebahagian ulama membenarkan wanita yang mencukupi syarat untuk menjadi saksi maka budi bicara hakim adalah terpakai.
9. Jika Non-Muslim merogol muslimah, menurut mazhab maliki, apabila cukup bukti, non-muslim akan dijatuhkan hukuman hudud ke tahap maksimum iaitu hukuman mati kerana pencerobohan secara kekerasan dan jenayah. Muslim juga akan dijatuhi hukuman yang sama.
10. Muslimah yang terbukti dirogol dengan bukti-bukti moden yang meyakinkan walau bukan 4 orang lelaki adil, TIDAK dikenakan hukuman QAZAF sewaktu dia mendakwa seseorang lelaki. namun, keterangan mesti dilakukan secara tertutup agar dakwaan dihalusi dan tidak dihebahkan media sebelum keputusan jitu diperolehi. hak lelaki yang dituduh akan dijaga sebaiknya juga selagi tidak terbukti bersalah.
11. Non Muslim yang minum arak TIDAK dikenakan hukuman hudud. Hanya untuk Muslim. Namun itu juga terdapat beberapa ijtihad yang berbeza, sebahagian menegaskannya sebagai hudud dan sebahagian sebagai ta'zir.
Ini hanya sebahagian nota ringkas. Kesimpulannya, hukuman hudud memerlukan penjelasan dan pengajaran besar-besaran di negeri yang mana hukuman ingin dijalankan agar hampir tiada syubhah lagi rakyat di sana TIDAK MENGETAHUI jenis kesalahan dan hukuman.
Didoakan rakyat Kelantan & Brunei dan semua institusi kehakimannya sudah bersedia dengan ilmu dan kebijaksanaan. Kerana tanpa persediaan yang jitu dan mantap lagi adil, pelaksanaan hukuman ini bakal menjadi fitnah besar kepada Islam seluruhnya.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
8 April 2014                                         
                                                                                                                                                                 "

Jadi dengan penerangan yang panjang lebar dan pencerahan oleh Ustaz di harap kita sebagai Umat Islam seharus nya menyokong hukum Allah ditegakkan tanpa mengira sempadan politik.

Wednesday 2 April 2014

TAK MAHU TUNGGU KOTAK HITAM?


Ishhh...issshhh... ingat duk tunggu kotak hitam je ke?
Orang duk pi cari kotak hitam...ingat cam depa ka duk mengata ja tahu...
Ishh2...jenuh  la orang orang cam depa ni..

SYIAH !!!!!!

1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda " Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah.Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan Musyrikin ( Ibnu Qutaibah, Ta'wilu Mukhtalifi al-Hadith, Hal 56)

2. APA ITU SYIAH dan SIAPA ITU SYIAH?Apa yang pasti Syiah yang masuk dan menular di negara ini itu berasal dari Iran dan kita yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sepatutnya mengamalkan fahaman Syiah yang jelas bertentangan dengan syariat agama Islam itu sendiri.

3. Syiah di Malaysia telah dikenalpasti dikembangkan oleh beberapa faktor seperti :
    i. Lawatan menteri menteri dari Negara Iran disusuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka
   ii. Melalui pelajar pelajar Malaysia yang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di negara Iran dan juga           melalui pertukaran pegawai pegawai dari negara Iran ke negara Malaysia 
  iii. Memberi hadiah berupa buku-buku fahaman Syiah ke perpustakaan,toko toko buku.


4. Kenapa dikata kan Syiah itu sesat?Berikut adalah antara kesesatan Syiah 
   i. Imam mereka adalah maksum.
  ii. Berpura pura
  iii.Menyanjung Saidina Ali bin Abi Talib dengan keterlaluan
  iv. Menambah Syahadah
  v. Menghalal nikah Mutaah
  vi. Menolak ijmak ulamak

5. Jadi berdasarkan apa yang diamalkan oleh mereka jelas lah fahaman Syiah sangatlah menyimpang dari akidah dan amalan umat Islam itu sendiri.Di negara ini dapat dilihat fahaman Syiah ini sudah berkembang dan golongan ini makin bertambah dari masa ke semasa.

6. Ini ditambahkan lagi dengan beberapa pemimpin pembangkang yang dilihat seakan menyokong pergerakan fahaman Syiah di negara ini.

7. Kita sebagai warga Malaysia yang beragama Islam dan berfahaman Sunnah Wal Jamaah seharus dan sepatutnya menolak golongan pembangkang dan penyokong mereka yang fahaman Syiah




PERMAINAN ANUAR

Malaysian tidak kira apa bangsa menyokong Nuar dan fikir dia akan membantu penyokongnya?

Ramai yang taksub dengan beliau.Sudah kena bomoh?

Pernah ke kita fikir yang sebelum ini beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dan pada saat beliau di puncak ada beliau mansuhkan ISA? 
mansuhkan PTPTN? 
ada free minyak? 
ada Tol free?

Fikir fikirkan lah...

Tuesday 1 April 2014

PERMULAAN

Assalamualaikum,

Blog ini bukan lah bertujuan untuk menjual burger hehehe tetapi adalah untuk meng "share" maklumat untuk informasi bersama. Selamat ber "burger" hehe