Tuesday 8 April 2014

HUDUD : SUATU PENCERAHAN

Assalamualaikum yob yob, yong yong
Teman tak le berape pandei bab hudud...moh kita sama-sama ambik pandangan mereka-mereka yang arif.Teman ada terbaca ada satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman.Beliau merupakan pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga merupakan penasihat Shariah kewangan Islam tempatan dan juga antarabangsa. Begini isi tulisan beliau :
"
 1. Hudud hanya akan terjatuh bagi individu yang benar-benar jahat dan sebab itu syaratnya sangat ketat hingga sebahagian pengkritik merasakan 'mustahil' dapat dicari saksi dan bukti sedemikian. Jika tidak cukup syarat maka hukuman ta'zir sahaja yang akan dijatuhkan. Tahap berat hukuman tertakluk kepada peruntukan undang-undang ta'zir dan mengikut kebijaksanaan hakim.
2. Jangan menyangka hukuman hudud sangat mudah dijatuhkan, syarat-syarat perlu diteliti sebelum memberi komentar. Dalam kebanyakan kes, hanya ta'zir akan dijatuhkan kerana tidak cukup bukti untuk hudud dijatuhkan. Contohnya mencuri, tidak akan dipotong tangan kecuali benar-benar yakin dan terbukti pencuri tidak miskin kelaparan, dipaksa, diugut dan lain-lain. Jika terbukti, hudud tidak dijatuhkan.
3. Ulama khilaf sama ada non muslim terlibat, sebahagian menyatakan non-muslim TIDAK TERLIBAT kecuali jika ada berkaitan dengan Muslim. Dalam kes biasa, Non-Muslim boleh menuntut dihukum dengan hukuman sivil biasa.
4. Jika terdapat non-muslim yang memilih untuk dibicara dengan hukuman hudud, ia diharuskan untuk menghukumnya dengan hukum hudud.
5. Jika kedua-duanya terlibat jenayah dan dibimbangi tidak adil kerana muslim kena hudud dan non muslim tidak kena, maka hakim boleh membuat keputusan mengadili secara ta'zir bagi kedua-duanya agar seragam hukumannya, khususnya apabila tidak cukup bukti untuk hudud.
6. Jika non-muslimah berzina dengan muslim, atau sebaliknya, terdapat khilaf ulama mazhab. Sebahagian ulama mengatakan keduanya dihukum hudud sebagai hukuman dari keputusan mahkamah negara dan bukan berasaskan keagamaan. Sebahagian lagi menyatakan yang Islam sahaja dikenakan hudud, yang seorang lagi dihukum setimpal melalui ta'zir.
7. Berkenaan kuasa mahkamah syariah tidak memperuntukan hukuman kepada non-muslim, Peruntukan undang-undang terbabit boleh dipinda dengan kuasa 2/3 ahli parlimen. Parlimen perlu meluluskannya. Di sini diperlukan kesatuan ahli parlimen islam dari PAS, UMNO, PKR & Bebas.
8. Berkenaan wanita tidak boleh menjadi saksi, terdapat pergecualian jika ia di tempat yang tiada lelaki pada kebiasaannya. Selain itu, sebahagian ulama membenarkan wanita yang mencukupi syarat untuk menjadi saksi maka budi bicara hakim adalah terpakai.
9. Jika Non-Muslim merogol muslimah, menurut mazhab maliki, apabila cukup bukti, non-muslim akan dijatuhkan hukuman hudud ke tahap maksimum iaitu hukuman mati kerana pencerobohan secara kekerasan dan jenayah. Muslim juga akan dijatuhi hukuman yang sama.
10. Muslimah yang terbukti dirogol dengan bukti-bukti moden yang meyakinkan walau bukan 4 orang lelaki adil, TIDAK dikenakan hukuman QAZAF sewaktu dia mendakwa seseorang lelaki. namun, keterangan mesti dilakukan secara tertutup agar dakwaan dihalusi dan tidak dihebahkan media sebelum keputusan jitu diperolehi. hak lelaki yang dituduh akan dijaga sebaiknya juga selagi tidak terbukti bersalah.
11. Non Muslim yang minum arak TIDAK dikenakan hukuman hudud. Hanya untuk Muslim. Namun itu juga terdapat beberapa ijtihad yang berbeza, sebahagian menegaskannya sebagai hudud dan sebahagian sebagai ta'zir.
Ini hanya sebahagian nota ringkas. Kesimpulannya, hukuman hudud memerlukan penjelasan dan pengajaran besar-besaran di negeri yang mana hukuman ingin dijalankan agar hampir tiada syubhah lagi rakyat di sana TIDAK MENGETAHUI jenis kesalahan dan hukuman.
Didoakan rakyat Kelantan & Brunei dan semua institusi kehakimannya sudah bersedia dengan ilmu dan kebijaksanaan. Kerana tanpa persediaan yang jitu dan mantap lagi adil, pelaksanaan hukuman ini bakal menjadi fitnah besar kepada Islam seluruhnya.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
8 April 2014                                         
                                                                                                                                                                 "

Jadi dengan penerangan yang panjang lebar dan pencerahan oleh Ustaz di harap kita sebagai Umat Islam seharus nya menyokong hukum Allah ditegakkan tanpa mengira sempadan politik.

Wednesday 2 April 2014

TAK MAHU TUNGGU KOTAK HITAM?


Ishhh...issshhh... ingat duk tunggu kotak hitam je ke?
Orang duk pi cari kotak hitam...ingat cam depa ka duk mengata ja tahu...
Ishh2...jenuh  la orang orang cam depa ni..

SYIAH !!!!!!

1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda " Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah.Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan Musyrikin ( Ibnu Qutaibah, Ta'wilu Mukhtalifi al-Hadith, Hal 56)

2. APA ITU SYIAH dan SIAPA ITU SYIAH?Apa yang pasti Syiah yang masuk dan menular di negara ini itu berasal dari Iran dan kita yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sepatutnya mengamalkan fahaman Syiah yang jelas bertentangan dengan syariat agama Islam itu sendiri.

3. Syiah di Malaysia telah dikenalpasti dikembangkan oleh beberapa faktor seperti :
    i. Lawatan menteri menteri dari Negara Iran disusuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka
   ii. Melalui pelajar pelajar Malaysia yang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di negara Iran dan juga           melalui pertukaran pegawai pegawai dari negara Iran ke negara Malaysia 
  iii. Memberi hadiah berupa buku-buku fahaman Syiah ke perpustakaan,toko toko buku.


4. Kenapa dikata kan Syiah itu sesat?Berikut adalah antara kesesatan Syiah 
   i. Imam mereka adalah maksum.
  ii. Berpura pura
  iii.Menyanjung Saidina Ali bin Abi Talib dengan keterlaluan
  iv. Menambah Syahadah
  v. Menghalal nikah Mutaah
  vi. Menolak ijmak ulamak

5. Jadi berdasarkan apa yang diamalkan oleh mereka jelas lah fahaman Syiah sangatlah menyimpang dari akidah dan amalan umat Islam itu sendiri.Di negara ini dapat dilihat fahaman Syiah ini sudah berkembang dan golongan ini makin bertambah dari masa ke semasa.

6. Ini ditambahkan lagi dengan beberapa pemimpin pembangkang yang dilihat seakan menyokong pergerakan fahaman Syiah di negara ini.

7. Kita sebagai warga Malaysia yang beragama Islam dan berfahaman Sunnah Wal Jamaah seharus dan sepatutnya menolak golongan pembangkang dan penyokong mereka yang fahaman Syiah




PERMAINAN ANUAR

Malaysian tidak kira apa bangsa menyokong Nuar dan fikir dia akan membantu penyokongnya?

Ramai yang taksub dengan beliau.Sudah kena bomoh?

Pernah ke kita fikir yang sebelum ini beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dan pada saat beliau di puncak ada beliau mansuhkan ISA? 
mansuhkan PTPTN? 
ada free minyak? 
ada Tol free?

Fikir fikirkan lah...

Tuesday 1 April 2014

PERMULAAN

Assalamualaikum,

Blog ini bukan lah bertujuan untuk menjual burger hehehe tetapi adalah untuk meng "share" maklumat untuk informasi bersama. Selamat ber "burger" hehe