Sunday 12 October 2014

BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT





Assalamualaikum wbt Yop Yong

Rasa nya masih belum terlambat teman nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca.

Ramai antara kita yang masih lagi terkejut dengan penurunan subsidi minyak yang sekaligus menaikkan harga minyak sebanyak RM 0.20 . Tindakan ini sedikit sebanyak pada umum nya dilihat membebankan rakyat Malaysia.

Tapi teman bukan lah nak menceritakan berkenaan harga minyak ini tetapi adalah berkenaan bajet 2015 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kita.

Bajet 2015 memperuntukan RM 273.9 Bilion, peningkatan RM 9.8 Bilion berbanding peruntukan asal 2014.

Tiada lagi kita dengar sebarang kenaikan gaji atau pemberian bonus kerana kerajaan dalam usaha untuk memberi ekonomi negara lebih berdaya saing dan kompetitif. Telah terlalu banyak bantuan-bantuan sejak negara merdeka telah diberikan kepada kita. Kini telah tiba masa untuk rakyat untuk lebih berdaya saing dan berusaha untuk memajukan diri tanpa mengharapkan bantuan subsidi dari pihak kerajaan.

Kita mesti ingat sasaran kerajaan adalah untuk mewujudkan Negara Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020 dan selaras dengan impian itu seharus nya kerajaan mengurangkan perbelanjaan bantuan seperti pemberian subsidi secara khususnya subsidi tersasar dan seharusnya menumpukan kepada tumpuan untuk pelaburan dalam infrastruktur ekonomi dan meransang serta merancakkan aktiviti R&D ekonomi negara kita supaya lebih kompetitif dalam pasaran antarabangsa.

Renung - renungkanlah...


No comments:

Post a Comment