Tuesday 17 March 2015

GST OHHHH GST

Assalamualaikum wbt yob yong


GST lagi?

Semalam Ku Li mempersoalkan pula berkenaan GST ini adakah akan digunakan untuk membayar hutang kerajaan sahaja?


Sambil menyifatkan sistem cukai GST ini hanya membebankan kerajaan serta mahukan kerajaaan menangguhkan pelaksanaan nya.

Persoalan nya disini?


Terdapat 160 buah negara didunia ini melaksanakan GST dan berdasarkan pengalaman negara negara ini terbukti bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang lebih efektif berbanding sistem SST yang diguna pakai sebelum ini?

Kenapa GST?

Kenapa kerajaan memilih untuk melaksanakan GST? kenapa perlu bersusah payah untuk melaksanakan GST dengan mengeluarkan sejumlah dana besar dengan perlu melatih personel-personel berkemahiran untuk menguruskan sistem baharu, membangunkan perisian perisian GST, menjalankan taklimat taklimat kepada sektor swasta serta masyarakat awam akan peri penting nya GST kepada negara.

Tahukah kita bahawa bilangan penduduk Malaysia hampir mencecah 29 juta penduduk tetapi bilangan penduduk yang dicukaikan secara 'direct' hanyalah kurang dari 2 juta penduduk.

Asas percukaian Malaysia adalah cukai individu dan korporat. Adakah adil untuk kita menaikan kadar cukai bagi mereka ini bagi menambahkan pendapatan negara?

Kita cuma boleh berharap mereka dapat menjelaskan lebih cukai bila pendapatan mereka bertambah.
Sudah tentu jika kita tidak memperluas asas cukai, tidak mungkin sebarang potongan terhadap cukai pendapatan dan korporat dapat dipertimbangkan.

Jadi nya kerajaan berpendapat agar  percukaian ini diperluaskan lagi kepada golongan yang berbelanja. Lebih besar perbelanjaan mereka, maka lebih besar lagi sumbangan cukai kepada negara. Dengan ini pembangunan negara sama-sama ditampung oleh mereka.



Masyarakat Malaysia sememangnya mewah berbelanja dan kerajaan sedar akan realiti ini, cakaplah apa pun, minyak naik ke, harga gula naik ke...mereka akan tetap berbelanja walaupun mulut merungut akan kehidupan mereka yang dirasakan sukar dan susah untuk berbelanja walhal pada hakikat nya mereka sebenar nya lebih senang dari apa yang diucapkan.

Oleh itu salahkan kita menyumbang sedikit dalam perbelanjaan kita seharian kepada pembangunan negara seperti pembinaan Universiti bagi melahirkan modal-modal insan untuk terus menerajui negara kita?

Salahkah kita menyumbang sedikit dalam perbelanjaan kita seharian kepada pembinaan prasarana-prasarana pembangunan di kawasan luar bandar supaya mereka juga dapat menikmati apa yang kita nikmati di kawasan bandar?

Dan jangan kita lupa...tidak semua barangan yang kita beli seharian akan dikenakan cukai sebenar nya...tetapi peniaga tetap peniaga...mereka pasti cuba meraihkan kesempatan sambil terus menyalahkan kerajaan..oleh itu pelaksanaan pemantauan oleh pihak KPDNKK adalah dutagih sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment