Sunday 12 October 2014

PESTA ARAK DI MALAYSIA???

Assalamualaikum wbt Yop Yong

Tak pernah terfikir oleh teman yang satu hari nanti di bumi bertuah ini akan ada satu pesta arak besar-besaran.
Malahan ada juga umat Islam yang mengatakan pesta arak ini tidak boleh dihalang kerana menurutnya Malaysia ini adalah negara berbilang bangsa. Atau mungkin rakan-rakan sepolitiknya menyokong penganjuran pesta arak ini?
Semakin hari kita melihat Umat Islam di negara ini semakin lemah mahu dari segenap segi. Bukan kah negara ini negara Islam? 
Lemahkah Umat Islam di negara sendiri ini sehinggakan pesta arak boleh dirayakan dan hak-hak peminum arak ini dipertahankan oleh umat Islam sendiri?

Fikir-fikirkanlah...


HARGA MINYAK NAIK LAGI !!!!!




Minyak naik harga lagi...
Siapa yang suka jikalau harga sesuatu naik dan ini dilihat sebagai suatu kezaliman. Tetapi pernah kah kita terfikir akan setiap sesuatu ada hikmahnya dan bermuhasabah diri kita adakah selama ini kita mengamalkan gaya hidup yang bersederhana???
Ini tidak harga minyak duk heboh kata naik harga barang duk naik, inflasi lah apa lah kerajaan zalim lah..teman tengok pasaraya aje nye penuh selalu.Tidak kira awal bulan ke tengah bulan ke hujung bulan ke manjang nye penuh
Ini membuatkan teman terpikior...betui ke deme nih...
Ada aje duit deme dalam kata harga naik segala bagai tapi berbelanja nye idok penah berkurang.
Jadi wajarkah mereka bersungut apabila mereka sebenarnya mampu untuk menampung kenaikan harga minyak ini?
Cuba kita lihat gambar gambar ini
Adakah wajar jika kerajaan terus menerus memberikan subsidi minyak kepada golongan yang mampu ini semata mata untuk memuaskan nafsu mereka untuk berbelanja atau peruntukan itu disalurkan kepada golongan yang benar benar memerlukan ????

Renung - renungkanlah...





BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT





Assalamualaikum wbt Yop Yong

Rasa nya masih belum terlambat teman nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca.

Ramai antara kita yang masih lagi terkejut dengan penurunan subsidi minyak yang sekaligus menaikkan harga minyak sebanyak RM 0.20 . Tindakan ini sedikit sebanyak pada umum nya dilihat membebankan rakyat Malaysia.

Tapi teman bukan lah nak menceritakan berkenaan harga minyak ini tetapi adalah berkenaan bajet 2015 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kita.

Bajet 2015 memperuntukan RM 273.9 Bilion, peningkatan RM 9.8 Bilion berbanding peruntukan asal 2014.

Tiada lagi kita dengar sebarang kenaikan gaji atau pemberian bonus kerana kerajaan dalam usaha untuk memberi ekonomi negara lebih berdaya saing dan kompetitif. Telah terlalu banyak bantuan-bantuan sejak negara merdeka telah diberikan kepada kita. Kini telah tiba masa untuk rakyat untuk lebih berdaya saing dan berusaha untuk memajukan diri tanpa mengharapkan bantuan subsidi dari pihak kerajaan.

Kita mesti ingat sasaran kerajaan adalah untuk mewujudkan Negara Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020 dan selaras dengan impian itu seharus nya kerajaan mengurangkan perbelanjaan bantuan seperti pemberian subsidi secara khususnya subsidi tersasar dan seharusnya menumpukan kepada tumpuan untuk pelaburan dalam infrastruktur ekonomi dan meransang serta merancakkan aktiviti R&D ekonomi negara kita supaya lebih kompetitif dalam pasaran antarabangsa.

Renung - renungkanlah...