Monday 16 June 2014

IKLAN BURGER


Yong Burger masak....ermmmmmm....

RAFIZI RAMLI

Assalamualaikum yob yong,

Apa khabar semua...demam ke yob? Sepanyur lauk yob..kalah besor ngn belanda..

Kali ini teman nak kongsi sikit berkenaan Rafizi Ramli ni. Teman idok gemor dgn dia ini tapi orang pandan cukup suka nampok gaya nye dengan si Rafizi sampei deme pilih dia jadi YB Parlimen Pandan walaupun sebenornya dia orang Kemaman.
Anuar bersama anak emasnya Piji
Ini adalah orang yang lantang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kaum melayu walaupun diri sendiri orang melayu. Dia bermati-matian menyerang Tan Sri Syed Mokhtar walaupun Syed Mokhtar bukan lah orang politik. Ini juga orang yang akan menghapuskan DEB yang satu ketika dulu menguntungkan beliau sendiri dan malangnya beliau sendiri menyalahkan bahawa pertolongan selama ini kerajaan pada orang melayu menyebabkan kaum melayu itu sendiri tidak maju.

Adakah tiada orang melayu yang berjaya? 

Adakah tiada orang melayu yang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Phd?

Adakah tiada orang melayu yang berjaya menjadi jutawan dan seterusnya membantu golongan yang kurang bernasib baik?

dan apakah jika dengan tiada bantuan dari kerajaan, orang melayu akan berjaya dalam segala aspek?

sebenarnya apa agenda Rafizi Ramli ni ek?


PERPADUAN

Assalamualaikum yob yong..

Apa khabar yob2 sumer...duk tengok bola lagi ka?

Disini teman idok nak cerita pasai bola tetapi berkenaan perpaduan.Sedar atau tidak dengan musim bola ini kita boleh lihat ia nya sebagai salah satu elemen yang dapat menyatu padukan sesuatu masyarakat.

Dari Negeri Perlis hinggalah ke Sabah, kebanyakan nya seia sekata menjadikan topik bola sepak sabagai topik utama.

Kenapa tidak kita bersatu hati dalam aspirasi negara dalam hal memajukan negara? Ini tidak..setiap langkah atau rencana yang kerajaan cuba laksanakan senantiasa di bangkang, di cemuh serta diberi persepsi akan ada kroni yang akan untung?

Sudah lupakah kita akan Wawasan 2020 yang suatu ketika dulu menjadi satu idaman, kebanggaan kita sebagai masyarakat Malaysia yang berbilang kaum untuk menjadi sebuah negara yang maju, berpendapatan tinggi serta menjadi negara kelas pertama di dunia.

Sudah lupakah kita kesusahan kita di zaman dahulu?

Adakah Malaysia ini menjadi lebih mundur dari zaman-zaman dahulu?

Benarkah dakyah pembangkang bahawa kerajaan yang ada sekarang ini berterusan menipu, merompak, menyamun hasil negara untuk kesenangan sendiri selama lebih 50 tahun kita merdeka?


Adakah ini dia pemimpin yang kita inginkan dalam memacu perkembangan negara Malaysia?
Terjaminkah hak-hak orang Melayu ataupun kaum-kaum lain dengan beliau memegang tampuk pemerintahan?

Renung-renungkanlah...

Sunday 8 June 2014

PREVIEW PASUKAN PIALA DUNIA 2014 : BOSNIA - HERZEGOVINA

Assalamualaikum Yob dan Yong

Pasukan yang teman nak preview kali ni adalah pasukan Bosnia-Herzegovina yang layak ke kejohanan Piala Dunia 2014 melalui zon Eropah. Pasukan ini merupakan satu-satu nya pasukan yang pertama kali melayakkan diri buat kali pertama di pentas Piala Dunia ini.

Walaupun merupakan pasukan yang baru di Piala Dunia ini, Bosnia boleh dianggap pasukan yang merbahaya terutama nya dengan kehadiran penyerang sensasi Manchester City, Edin Dzeko
Edin Dzeko
Penyerang yang menjaringkan 16 gol dalam saingan Liga England ini telah membantu pasukan Manchester City untuk menjuarai Liga Perdana England pastinya menghadirkan gerun buat pasukan lain khususnya pasukan di dalam kumpulan F. Namun begitu kekuatan Bosnia tidak hanya pada Edin Dzeko tetapi juga dibantu oleh pemain seperti Vedad Ibisevic yang juga penyerang utama, Miralem Pjanic yang telah menunjukkan aksi mengagumkan bagi pasukan AS Roma yang beraksi di dalam Liga Serie A Itali, dan juga perancang utama pasukan iaitu Misimovic.
Senarai Pemain Bosnia bagi saingan Piala Dunia 2014
Berikut merupakan jadual perlawanan peringkat kumpulan bagi pasukan Bosnia-Herzegovina :

16 Jun 2014 Isnin  6.00 AM - vs Argentina
22 Jun 2014 Ahad 6.00 AM - vs Nigeria
26 Jun 2014 Khamis 12.00 AM - vs Iran

Penyokong Bosnia pastinya mengharapkan sesuatu dari Pasukan kesayangan mereka


PREVIEW PASUKAN PIALA DUNIA 2014 : ENGLAND

Assalamualaikum yob dan yong semua...

Demam Piala Dunia 2014 semakin melanda negara kita.Dimana-mana boleh lihat pelbagai promosi yang berkaitan Piala Dunia Brazil 2014.

Yob Burger juga tidak ketinggalan dalam memberi info berkenaan pasukan dan perlawanan tumpuan sempena Piala Dunia ini.

Untuk kali ini, Yob Burger nak mem preview Pasukan yang pasti nya mempunyai ramai peminat di Malaysia ini iaitu Pasukan Negara England
Skuad Rasmi England 2014
Jika dilihat dari senarai pemain yang dipilih untuk membawa cabaran England di Piala Dunia 2014, bolehlah kita katakan yang rata-rata pemain adalah pemain muda. Tiada lagi nama-nama pemain seperti John Terry, Ashley Cole, Jermaine Defoe yang ketika dulu cukup sinonim dengan pasukan England sebaliknya muncul nama-nama baru yang dipilih seperti Raheem Sterling, Oxlade Chamberlein dan Ross Berkeley.
Jersi Pasukan England bagi Piala Dunia 2014
Walaupun dengan barisan pemain muda, Pasukan Englang boleh lah dikatakan pasukan yang seimbang dengan kehadiran beberapa tonggak utama pasukan seperti Wayne Rooney, Frank Lampard dan kapten pasukan kali ini iaitu Steven Gerrard. Pengalaman luas pemain pemain ini pastinya ditagih oleh pasukan England bagi membawa cabaran mereka kali ini.Tidak dilupakan juga dengan kehadiran penyerang sensasi pasukan Liverpool tahun ini iaitu Daniel Sturridge yang menjaringkan 21 gol musim ini bagi pasukan Liverpool pastinya menambah sengat pasukan England manakala di gawang gol dikawal oleh Joe Hart yang merupakan penjaga gawang Manchester City yang merupakan pasukan juara Liga England menambahkan lagi keyakinan yang England mampu melangkah lagi jauh bagi kejohanan kali ini.

Bagi kejohanan Piala Dunia kali ini, Pasukan ini diletakkan satu kumpulan bersama Pasukan Itali, Uruguay dan Costa Rica. Berikut merupakan jadual perlawanan bagi Pasukan England bagi peringkat kumpulan :

15 Jun 2014 (Ahad)     6.00 AM - England vs Italy
20 Jun 2014 (Jumaat)   3.00AM - England vs Uruguay
25 Jun 2014 (Selasa)   12.00 AM- England vs Costa Rica
Penyokong England pastinya mengharapkan kemenangan kali ini.





Wednesday 4 June 2014

PREVIEW PASUKAN NEGARA PIALA DUNIA 2014 : ARGENTINA


Banyak info menarik berkenaan negara Argentina dari video nih...

So enjoy lah...

PREVIEW PEMAIN PIALA DUNIA 2014 : Cristiano Ronaldo


Assalamualaikum Yob Yong

Apa kabor mike mike semua... Piala Dunia 2014 udah dekat. Mike sokong team mana?

Teman idok sokong mana mana team tapi awak nak share lah sikit info tentang player teman minat ni.

- Dia tidak minum arak kerana ia mengingatkan beliau penyakit yang membunuh bapanya.

- Dia tidak mendapat apa-apa tatu adalah pada kulit supaya dia mampu untuk menderma darah sebanyak dua kali setiap tahun.


- Datang dari keluarga yang miskin dan kehilangan ayahnya ketika beliau berusia 20 tahun.


- Beri sumbangan besar untuk sekolah-sekolah Palestin dan memberikan $ 3m untuk negara-negara di Afrika yang menderita

- Dia melangkah ke hadapan untuk menampung kos rawatan kanser seorang budak sembilan tahun.


Nama nya Cristiano Ronaldo...



Pemain terbaik dunia tahun 2013...